Photobucket
Photobucket
ARTIKEL PILIHAN "UMNO Kini Busuk Hingga Keususnya

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya. selanjutnya........

Perlawanan Bolasepak Persahabatan

| Date: 3/05/2010 |
Hari ini 4 Mac Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin (DPPR) sekali lagi turun padang apabila pasukan belia Keratong 4 bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak. 15 orang exco di ketuai oleh penjaga gawang handalan yang juga ketua DPPR , Ustaz Nazri Hj Ahmad bersiap siaga di padang sejak jam 5 petang lagi.

Sessi memanaskan badan sambil mengatur strategi perlawanan menarik perhatian para penonton dari dalam dan luar negara ( termasuk pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia ). Perlawanan yang berkebetulan berlangsung serentak dengan pasar malam ini membuatkan pasukan exco DPP agak gugup apabila berhadapan dengan penyokong yang agak ramai menonton dari tepi padang. Dalam perlawanan ini Belia Keratong 4 telah berjaya menewaskan pasukan DPP dengan dua gol berbalas satu.

Menurut Ustaz Nazri perlawanan pada hari ini bukanlah untuk berbadi kehebatan tapi lebih kepada menjalinkan persahabatan di antara pemuda Pas dan golongan belia. Sambutan yang amat memberangsangkan yang diterima daripada beberapa pasukan bolasepak akhir-akhir ini untuk mengadakan perlawanan persahabatan membuatkan Team DPP akan melakukan latihan insentif dari masa ke semasa.

Dua minggu yang lalu Pasukan DPP telah bertemu pasukan belia Sungai Puteri yang di adakan sempena program Pemuda turun Padang Pemuda Pas di sana.

Apabila ditanya kepada Ustaz Nazri tidakkah program yang sebegini akan mengganggu rutin exco DPP yang saban hari sibuk menangani pelbagai permasalahan rakyat di cawangan masing-masing beliau menjelaskan program sebegini memang telah lama dirancang oleh Dewan Pemuda dan banyak manfaat yang diperolehi oleh masyarakat khususnya golongan muda melalui aktiviti sihat sebegini.

“ Mengaktifkan diri dalam bidang sukan dan rekreasi sekurang-kurangnya dapat menghindarkan gejala negatif yang kian menular dalam masyarakat. Amalan hidup sihat ini selain merapatkan ikatan persaudaraan dan persahabatan dapat juga melahirkan fizikal yang sihat serta mental yang cerdas”. Menurutnya lagi “ Kami dari DPP mengalu-alukan jika mana-mana pasukan bolasepak atau mana-mana kategori sukan untuk mengadakan perlawanan bolasepak bersama pasukan kami. Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi saya sendiri atau mana-mana exco DPP Rompin”.

Kami mengucapkan tahniah kerana menang dan terima kasih kepada pasukan Belia keratong 4 kerana sudi menerima kunjungan kami pada hari ini. InsyaAllah pada masa-masa akan datang kita akan bertemu lagi.


Pemberitahu!



Bergambar kenang-kenangan



Penjaga gawang sentiasa bersedia menghadapi serangan lawan



Seronok! tapi manfaatnya lah yang lebih besar.


Lintas langsung Program Cakna Rakyat ,Pada 14/2/2010

| Date: 2/14/2010 |
Oleh : Sdr Razali
Pengarah program karnival cakne rakyat Pas Kawasan Rompin Ustaz Suhaimi bin Hj Ahmad hari ini sewaktu majlis perasmian menegaskan Pas dan Pakatan Rakyat sentiasa menumpukan usaha untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat dan juga keamanan negara.


Berbeza dengan umno yang menganjurkan program Juara Rakyat katanya penganjuran Karnival ini bukanlah untuk menyaingi program anjuran umno itu sebaliknya ianya untuk mencerminkan gerakerja Pas selama ini bukanlah untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sebaliknya terus turun ke sasaran yakni rakyat yang perlukan perhatian dari pimpinan sepanjang masa dan tidak hanya menjelang pilihanraya.

Menurutnya lagi amanah yang dipikul dibahu bukanlah satu kemuliaan dan sanjung-sanjungan sebaliknya satu tanggungjawab yang wajib dipenuhi oleh setiap pemimpin. Program dua hari ini juga menurutnya sebagai simbol betapa Pas sentiasa terbuka dan mudah didekati oleh segenap lapisan masyarakat.

Jadual seterusnya pada malam ini adalah ceramah umum yang bakal disampaikan kepimpinan Pas Pusat dan pimpinan Pas tempatan.


Gambar-gambar program setakat ini
Urusetia mengemaskan kedudukan
Pengarah Program Ustaz Suhaimi memeriksa persiapan akhir
Pengarah menyampaikan ucapan alu-aluan
Nisa' Pas turut menghulur bantuan
Pertunjukkan Pencak Silat...bakat muda
berbakat
Mak oiii....ni cam bebetul jer!!??
elak dik elak!!!
Pertunjukkan Tomoi
Timbalan YDP Rompin turut berpencak silat

Buku bertemu ruas..hi..hi..



Felda tipu gred sawit

| Date: 2/12/2010 |
KUANTAN: Pengerusi Lajnah Peneroka PAS Pahang, Shukri Ahmad pada Ahad (7 Februari), bersama kira-kira 30 orang peneroka Felda dari Gugusan Felda Keratong, Gelanggi, Lepar, Jengka dan Neram, telah membuat laporan polis di IPD Kuantan bagi menyiasat penipuan kilang sawit Felda terhadap peneroka.

Kata Shukri, penipuan tersebut iaitu berkaitan penggredan minyak hasil perahan kelapa sawit oleh 90 kilang sawit Felda di Malaysia, yang mana sistem yang ada telah menganiayai kira-kira 90 ribu peneroka Felda yang terlibat dengan penanaman sawit.

Tambah Shukri, ini terbukti melalui keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memerintahkan Felda membayar ganti rugi sebanyak RM11 juta kepada 354 orang peneroka Kemahang 3, Tanah Merah Kelantan baru-baru ini.

“Kilang-kilang sawit Felda disyaki menipu dalam urusan pengredan minyak sawit kerana jumlah perahan yang dibayar kepada peneroka hanya 18 peratus sedangkan mereka yang mengusahakan sawit yang sama secara persendirian dan menghantar ke kilang lain, mereka dibayar dengan kadar 24 peratus”.

“Ini tidak lojik langsung... Felda dikatakan membekalkan benih dan baja terbaik kepada peneroka, kenpa hasilnya jauh lebih rendah daripada penanam persendirian?”.

“Lagi pun, daripada setahun ke setahun usia pokok sawit, hasil perahan minyak sepatutnya meningkat kadarnya. Felda pula bayar ikut gred pukul rata sahaja sejak dulu”.

“Jadi bayangkan kalau nilai satu peratus kadar perahan RM100, kalau lima peratus yang lari daripada harga asal? Darab pula dengan 90 ribu peneroka seluruh Malaysia yang menuai buah dua kali sebulan, dah berapa?,” soalnya.

Tambah Shukri, Laporan polis itu ditujukan kepada Kerajaan Malaysia, Ibu pejabat Felda Kuala Lumpur, Pengurus Besar Felda Ekoran daripada Wilayah-wilayah dan Pengurus-pengurus kilang sawit seluruh malaysia.

Turut mengiringi ialah Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman.

Pada 19 Januari 2010, Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu bertarikh 22 September 2002.

Keputusan tersebut membuktikan terdapat bukti konspirasi antara Pengurus Felda dan Pengurusan Kilang Sawit Felda untuk menipu gred harga Sawit.

Kredit :sidangonline

DPPRompin "Duta Penyelamat Dan Kasih Sayang"

| Date: 1/22/2010 |
Oleh : Razali:
21 Januari – Dewan Pemuda Pas Rompin (DPPR) yang diketui oleh ustaz Nazri bin Hj Ahmad telah mengadakan program ziarah ke beberapa buah rumah di Keratong semalam. Idea yang dicetuskan semasa mesyuarat exco ini mensasarkan tiga buah rumah yang perlu diziarahi dalam satu malam.

Antara objektifnya ialah untuk meraikan ahli yang ditimpa musibah disamping merapatkan hubungan pemuda dengan pimpinan Pas Kawasan serta mengenali lebih rapat veteran Pas yang telah memberikan banyak jasa kepada Pas Kawasan Rompin.

Ziarah ini juga turut disertai oleh Ustaz Shukri Hj Ahmad YDP Pas Kawasan, saudara Ramli Awang Ahmat setiausaha Pas Kawasan dan Saudara Roslin Bakar Pengarah Jabatan IT Pas Pahang.Antara rumah yang diziarahi ialah rumah encik Mohamad Harawiyi yang kematian anak baru-baru ini, rumah Ustaz Yahaya Awang seorang veteran Pas yang sedang keuzuran dan rumah ustaz Mat Nor Latif seorang veteran Pas yang juga pendakwah.

Jam 0900 malam ke rumah Ustaz Yahaya Awang

Selesai saja solat isya’ berjemaah di Markas Pas MTD Ibam rombongan kami seramai 10 orang mula mengatur langkah. Rumah yang pertama dilawati ialah rumah Ustaz Yahaya Awang. Beliau merupakan bekas setiausaha Pas Kawasan Rompin 21 tahun yang lalu dan sekarang beliau terlantar di rumahnya di Keratong 5 akibat sakit tua. Walaupun dalam keadaan uzur apatah lagi beliau baru sahaja keluar daripada hospital namun sempat juga beliau beramah mesra dan menerima kunjungan kami dengan ceria.

Beliau pernah menjawat jawatan setiausaha Pas kawasan di peringkat awal penubuhan Pas di disini. Banyak pengalaman pahit manis yang dilaluinya disaat itu untuk meyakinkan masyarakat dengan perjuangan pas yang masih dianggap asing waktu itu.

Lantarannya keuzurannya itu kami tidak mengambil masa yang panjang dirumahnya. Selepas dijamu dengan pulut dan bubur durian kami meminta diri untuk ke rumah seterusnya.

Jam 0940 malam : Rumah Encik Mohd Harawiyi

Lokasi seterusnya ialah rumah Pak Mat Harawiyi yang baru sahaja kehilangan anaknya akibat sakit jantung baru-baru ini. Beliau menetap di Keratong 5 dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah-sebuah bank di Muadzam Shah.Menurutnya Arwah anaknya itu seorang guru dan masih bujang adalah anak yang amat taat dan baik terhadap kedua orang tua. Pemergian yang tidak disangka-sangka itu benar-benar meninggalkan kesan yang besar terhadap kehidupan mereka sekeluarga.

Sebagai memenuhi hajat tuan rumah ustaz Shukri dan ustaz Nazri sempat memimpin tahlil ringkas untuk arwah anaknya itu. Dipenghujung majlis sempat juga YDP menghulurkan sedikit sumbangan hasil daripada derma orang ramai untuk keluarga ini.

Kami meninggalkan kediaman Pak Mat ini dengan seribu doa moga roh anaknya itu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Jam 1015 malam : Rumah ustaz Mat Nor Latif

Kami meneruskan lagi `rally’ ziarah kami ini ke rumah ustaz Mat Nor yang juga terletak di Keratong 5. Sesampainya kami dirumah beliau terus disambutnya dengan ucapan terima kasih kerana sudi berziarah serta mengalu-alukan kedatangan kami.
Ustaz Mat Nor merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang dan Yang DiPertua Pas Kawasan Rompin di penghujung tahun 80-an. Beliau dan ustaz Yahaya Awang adalah tulang belakang Pas Rompin waktu itu.Menurutnya Perjuangan diawal penubuhan Pas di sini amatlah getir serta penuh dengan halangan dan hanya yang berkomitmen tinggi sahaja yang berjaya menempuhinya.

Beliau sekarang aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau di sekitar Rompin. Tidak hairanlah ke mana sahaja beliau pergi ada sahaja yang mengenali dan ingin berguru dengannya.
Sebagai pembakar semangat dan panduan dalam melakukan gerakerja parti serta perjuangan Islam sempat juga kami meminta sedikit nasihat daripadanya.

Menurutnya` perjuangan Islam perlu diteruskan walau apapun halangan yang diterima. Pemimpin yang baik mestilah berwibawa dan bijak menilai keadaan.Pemimpin juga menurutnya perlu mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang bagi melengkapkan pakej kepimpinan yang baik’.

Kami meminta diri dari rumahnya setelah hampir satu jam kami disitu dan beliau berharap agar DPP dan kepimpinan kawasan terus mengekalkan amalan ziarah yang baik ini.


KP Rompin


Bertanya khabar


YDP Pas Rompin turut serta


YDP membacakan Doa Tahlil


KP melihat ole-ole dari ustaz Mat Nor


Bergambar kenang-kenangan

Pertemuan DPPRompin Bersama Kadi Muadzam Shah

| Date: 1/20/2010 |
MUADZAM SHAH : 20/1/2010 rombongan exco Dewan Pemuda PAS kawasan Rompin, diketuai oleh Ketua Pemuda Ust Nazri Hj Ahmad telah mengadakan pertemuan bersama Kadi Muadzam Shah Ust Mohd Rizal di Pejabat beliau.

Pertemuan ini adalah merupakan jalinan perbincangan dan bertukar fikiran Dewan Pemuda PAS Rompin dan Pejabat Kadi Agama Islam Muadzam Shah dalam perkara-perkara yang boleh dilakukan bersama.

Dalam Pertemuan itu Ust Nazri mewakili DPPRompin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kadi Ust Mohd Rizal kerana sudi meluangkan masa berbincang isu semasa umat islam amnya kawasan Rompin.

Beberapa isu yang sering melanda umat Islam terutama pemuda-pemudi telah disuarakan oleh Ust Nazri, diantaranya gejala sosial , rintihan penduduk kaum Asli di kampung Dong yang masih lagi tidak memiliki kemudahan surau,kemakmuran Masjid dalam pengisian program dan pengurusan yang lebih berkualiti dan berintegriti.

Menurut beliau lagi,beliau difahamkan ada masjid yang telah beberapa tahun tidak mampu melakukan mesyuarat Agung.Harapan beliau supaya dapat pihak kadi membuat pemantauan dan tidak balas yag lebih berkesan.

Menurut beliau lagi,bagi pihak DPPRompin insyaAllah bersedia bekerjasama dan berbincang dalam segala aspek yang membawa kebaikan kepada umat Islam,amnya kawasan Rompin.

Salah seorang exco DPPRompin yang turut sama,Ust Aziz samad turut menyuarakan beberapa masaalah yang melanda,antaranya tabiat berjudi,jualan nombor ekor haram dan masaalah fakir miskin,dapat diberi pemantauan yang lebih berkesan.

Dalam pertemuan itu alhamdulillah tindak balas dari pihak Kadi Ust Mohd Rizal amat baik,beliau mengucapkan jutaan terima kasih diatas jalinan pertemuan ini.Dan beberapa persoalan dan cadangan dijawab dengan penuh ukhwah.

Pertemuan itu diakhiri dengan penuh ukhwah dan pengharapan yang tinggi dari kedua-kedua belah pihak.InsyaAllah pertemuan-pertemuan seumpama ini akan sering dilakukan dimasa akan datang demi kebaikan umat Islam,amnya kawasan Rompin.

Program Ziarah DPPRompin Ke Hospital Muadzam

| Date: |
MUADZAM SHAH : Program ziarah Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin merupakan rutin bulanan.Kali ini exco DPPRompin di ketuai oleh Ust Nazri telah menziarahi seorang pemuda Mohd Hafiz b Hj Musa, pada 20/1/2010 rabu di Hospital Muadzam Shah.

Pesakit yang telah dimasukkan ke Wad pada 19/1/2010 , telah menceritakan serba sedikit tentang sakit yang dialami oleh beliau. Beliau yang ditemani oleh kakaknya amat terharu dengan kehadiran rombongan exco DPPRompin.

Exco DPPRompin mendoakan beliau semoga cepat sembuh, diberi kekuatan dan ketabahan dalam menerima ujian dari Allah S.W.T.

Tak perlu blok BLOG

| Date: 1/19/2010 |
Oleh Roslan SMS Corner
Sekali lagi isu mengenai pengawalan laman-laman blog dibangkitkan. Ini barangkali ekoran tindakan beberapa pemilik blog yang sering membuat posting yang hangat-hangat kadangkala diluar kemampuan akal dan lompong fakta.

Memang dunia blog dewasa ini semakin popular dan semakin berkesan membentuk persepsi masyarakat khasnya mereka yang ada akses padanya. Sesungguhnya apa sahaja alat dan bahan kalau digunakan untuk kebaikan jadilah ia baik walaupun pada adatnya ia merbahaya atau mampu membunuh. Pisau kalau diguna untuk menyiang ikan dan sayur serta buah-buahan memang membantu dan bermanfaat. Tetapi kiranya dihunus ke perut atau tubuh orang lain apa lagi tubuh sendiri, nahas padahnya.


Agenda, niat dan hasrat pemilik laman blog adalah pada tuan punya badan. Ada yang menulis untuk menyibarkan kebenaran dan mempertahankannya, ada yang menulis untuk harta, ada yang menulis untuk meraih popularity tidak kurang semata-mata untuk mencari pasal. Sehubungan ini Rasulullah saw ada bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Memang dunia blog ini tiada sempadan. Kita mampu menerobos dari celah-celah penempatan rakyat termiskin sehinggalah ke koridor istana. Dari satu hujung dunia ke satu hujung yang lain. Kerana itu memang seronok menulis apabila anda tahu yang ramai akan mampu mebaca karya anda jika mereka memilih untuk mengunjunginya.

Namun saya percaya pada konsep pertanggungjawaban ataupun akauntabiliti. Hatta apabila Hang Jebat menghunus kerisnya untuk menuntut bela atas kematian Tuah, beliau tahu risikonya. Begitulah juga kita yang menulis. Siapa yang berani berhujah dia mesti berani bertanggungjawab atas hujahnya itu. Kalau tidak pun di dunia kita umat Islam yakin dan faham bahawa kemudian nanti proses pertanggungjawaban itu akan terkena atas batang tubuh kita jua,tanpa boleh meloloskan diri.

Bagi saya apa yang ada tidak perlu dikawal-kawal. Negara sudah cukup dengan undang-undang dan peraturan tak perlu ditokok tambah dari yang telah sedia ada. Siapa yang dilihat atau dikesan melanggar undang-undang dan peraturan, maka dakwalah ia di mahkamah terbuka. Manakala mana-mana individu atau kumpulan yang merasakan mereka difitnah atau diaib boleh mendakwa di mahkamah sivil.

Pasti yang berani menulis berani juga berhadapan dengan pengadilan. Kerana dunia terbuka hari ini melindungi kita dari dikenakan dakwaan secara senyap-senyap atau tertutup apalagi dianiaya.

Dato Seri Anwar contohnya pernah dibelasah dalam tahanan, mahu ditekup-tekup, tetapi akhirnya dalam pemerhatian dunia semuanya terbongkar dan kini beliau bangkit atas sokongan rakyat sebagai Ketua Pembangkang dan memiliki peluangmalah menjadi orang nombor satu negara!

Jadilah kita warga blog yang bermaruah dan ada harga diri. Kalau kita menjulang bendera keadilan dan kebenaran, kita bukan hanya dituntutu menjulangnya tetapi menjiwai dan menghidupkannya. Berani buat berani tanggung insyallah.

PETIKAN : DETIKDAILY

Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi

| Date: |
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.

Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.

Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius disegerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.

PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.

PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kerajaan BN Pahang Derhaka!

| Date: 1/12/2010 |
Pahang selain memperolehi hasil pembalakan turut dikenali sebagai pengeluar padi, walaupun tidaklah sehebat negeri Kedah yang terkenal dengan jolokan jelapang padi. Di pahang, daerah Rompin pula adalah antara daerah pengeluar terbesar padi. Malahan, daerah Rompin termasuk dalam rancangan jelapang padi negeri yang diistiharkan kerajaan negeri.

Namun tidak ramai yang sedar bahawa para penanam padi di Rompin sekitar Kampung Pianggu, Setajam, Kurnia, Lantang dan Sarang Tiong adalah berasal dari Kedah yang berhijrah sekitar 1970-an bagi menyahut seruan kerajaan pusat dan negeri dalam penggalakan penanaman padi disamping skim pemulihan tanah terbiar. Hasilnya, kawasan yang dahulunya hutan belantara, diterokai menjadi sawah padi sejauh saujana mata memandang. Kerajaan negeri pula saban tahun menjanjikan pemberian geran hakmilik kepada para pesawah, tetapi ia umpama menunggu buah yang tidak gugur. Paling memeritkan, pesawah yang mengusahakan tanah ini sekian lama, tetapi Lesen Menduduki Sementara (TOL) tanah tersebut diberikan kepada orang lain yang tidak pernah mengusahakan tanah tersebut. Walaupun bukan Geran yang diberikan tetapi pemberian TOL kepada orang lain amat memberikan kesan kepada pesawah.

Hampir 200 pesawah mengalami masalah nama ditindih oleh pihak ketiga. Paling malangnya, TOL diberikan kepada pemimpin UMNO setempat dan Pengerusi JKKK. Ketiadaan TOL mengakibat pesawah tidak akan memperolehi subsidi padi dan baja, disamping berhadapan tindakan pengusiran pada bila-bila masa oleh kerajaan. Sudahlah mereka ini tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air bersih di sesetengah kampung di sini, masa depan anak cucu mereka tidak terjamin setelah mereka tiada lagi tanah untuk didiami di negeri asal mereka.

Tanggal 22 April 2009 seolah-olah tarikh keramat kepada penduduk di sini, apabila KDYMM SultanHaji Ahmad Shah mencemar duli menyerahkan bantuan kepada mangsa ribut di sini, dimanfaatkan sepenuhnya para pesawah untuk menyuarakan masalah yang dideritai mereka selama ini iaitu isu hakmilik ini. Amat menggembirakan apabila Tuanku berkenan agar isu Geran ini diselesaikan dan Geran diberikan dalam masa 2 bulan dari hari tersebut. Perkara ini dipersetujui dan pihak Kerajaan negeri melalui Pegawai Daerah dan Ahli Parlimen Rompin. Tuanku juga memaklumkan bahawa baginda akan datang pada bulan September 2009 untuk menyerahkan Geran Hakmilik.

Namun hingga ke hari ini, bukan sahaja geran tidak diperolehi, malah tiada langsung khabar berita sama ada ia diproses ataupun tindakan ukur tanah dibuat. Hari ini 12/1/2010, para pesawah nekad untuk bangkit menuntut hak mereka. Mereka melantik saya sebagai peguam bagi memudahkan urusan. Tindakan pertama mereka adalah mengadakan perhimpunan aman di Kampung Setajam berjaya mengumpul hampir 500 orang pesawah.

Tindakan ini adalah langkah pertama. Sekiranya tiada sebarang tindakan, para pesawah akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Pahang dan Ahli Parlimen Rompin. Namun sekiranya terus berdegil, mereka akan mengorak langkah memohon pertemuan dengan KDYMM Sultan Pahang sebagi payung kerajaan Pahang. Para pesawah tidak akan teragak-agak membawa perkara ini ke Mahkamah sekiranya Kerajaan Pahang terus angkuh dengan para pesawah ini.

Saya tidak nafikan bahawa para pesawah bukanlah penduduk asal Pahang. Tetapi mereka tetap rakyat Malaysia dan bukan menceroboh kawasan tanah milik penduduk tetapi datang kerana "jemputan" kerajaan negeri dan dasar kerajaan Pusat. Namun ia bukanlah lesen untuk menafikan hak mereka untuk mendiami tanah di negeri ini. Mereka punyai merit. Mereka hanya mahukan beberapa ekar setiap pesawah untuk memilik tanah sebagai tanda penghargaan usaha mereka. Kenapa kerajaan boleh bertoleransi dalam pemberian tanah ratusan ekar kepada tokeh-tokeh besar termasuk bukit kepada tokeh besar cina sedangkan rakyat Bumiputera merempat di bumi sendiri.

Cuma satu harapan saya pada seluruh rakyat Malaysia, saksikanlah betapa biadapnya kerajaan BN Pahang walaupun diarahkan KDYMM Tuanku Sultan Pahang untuk menyerahkan Geran kepada pesawah namun masih degil berbuat demikian. Sudahlah "bapa" pesawah ini bertugas sebagi Duta di Amerika, pesawah yang sentiasa mengundi BN ini terus terabai. Inilah namanya KERAJAAN DERHAKA!

Sumber : Blog Peguamkita

Tanggung Jawab Sesama Umat Islam

| Date: 1/06/2010 |
BANDAR 22 TUN RAZAK:Pada 7/1/2010 masa 9.30am Wakil Dewan Pemuda PAS Rompin, telah bergegas ke rumah saudara Zahari b Mustafa di felda keratong 3, apabila di maklumkan anak beliau Nurul Izzah 8 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital .

Wakil DPPRompin diketuai oleh ketua Pemuda PAS Rompin Ust Nazri Hj Ahmad dan Ust Aziz b Samad ,hanya dapat bertemu dengan ibu Nurul Izzah .Menurut Puan Fatimah Ahmad ibu kepada pesakit,anak beliau yang menghidapi penyakit "Leukemia", telah mengalami demam.

Namun keadaan sakitnya bertambah kronik apabila pesakit muntah darah pada 7/1/2010 masa lebih kurang 4.00am,pesakit terpaksa dikejarkan kehospital muadzam shah ditemani bapanya.Difahamkan pesakit terpaksa dipindahkan ke hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk rawatan selanjutnya.

Menurut beliau lagi dalam keadaan sedih diiringi air mata seorang ibu,sesudah selesai anak-anak yang lain untuk pergi kesekolah dan urusan penting yang terpaksa diselesaikan dirumah, beliau akan bertolak ke hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk menjaga anak beliau.

Bendahari DPPRompin Ust Aziz b Samad telah menyampaikan sedikit sumbangan yang termampu dari pihak DPPRompin.Semoga dapat mengurangkan sedikit penderitaan dan bebanan yang ditanggung.

Sebelum kami beredar,Ketua Pemuda PAS Rompin Ust Nazri merakamkan takziah dan dorongan semangat dengan diiringi doa.InsyaAllah kami juga akan mengadakan solat hajat untuk kesejahteraan pesakit.

Selaku saudara seislam, kami Dewan Pemuda PAS Rompin mengharapkan sahabat-sahabat sama-sama mendoakan pesakit Nurul Izzah agar cepat sembuh dan keluarga beliau tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T.
 
LINKS TKO (Kredit Kepada Webmaster Tranungkite.net)
REFORMASI
Tranung Kite
Laman M@rhean
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
UtaraOnline
Siasahdaily
Pahangdaily
Sabahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
GoMalaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar@Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuri’s Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo\' Lo\'
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
MalayaDaily
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
Pas Kelantan
Pas Kedah
PAS Negeri Sembilan
Pas Penang
PAS Melaka
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
 PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi

PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus

PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka
Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
DPP Sarawak
PAS Mengkebang
DPP Gombak
PAS DUN Jeram
DPPK Bagan Datoh
Al Brangi
Beras Melaka
PAS Caw. Shah Alam 2
Perak Bersatu
AMK Serdang
Betul Ka?
Abu Bahsyir Al Muqry
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
DPP Pertaling Jaya Sel
Jabatan Amal 2
Pemuda Pengkalan Chepa
Pancak Bicara
Lanh14
Rencana Rakyat
Cili Merah
Hati Sufi
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
al-Futhuhat
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
Al-Muttaqin TV
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net