Photobucket
Photobucket
ARTIKEL PILIHAN "UMNO Kini Busuk Hingga Keususnya

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya. selanjutnya........

Bukti Kemampuan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

| Date: 11/06/2009 |
Sejak berbelas tahun yang lalu , tumpuan rakyat Malaysia hanya kepada kerajaan negeri Kelantan dalam mengurus sebuah negeri. Pada peringkat awal kemampuan PAS diragui dan penuh prajudis.

Setahun demi setahun, rakyat dapat melihat contoh terbaik dari kerajaan PAS ini dalam mengurus negeri. Antara perkara yang diperhatikan oleh penganalisis dan rakyat Malaysia ialah pengurusan ekonomi.

Kini, Kelantan tidak bersendirian dalam memberi contoh kemampuan PAS memerintah sesebuah negeri atau negara. Kedah menjelaskan lagi kemampuan PAS. Sebagai contoh , dalam tempoh setahun perbezaan yang sangat ketara tentang hasil balak kerajaan negeri Kedah berbanding dengan hasil yang diperoleh semasa pemerintahan UMNO/Barisan Nasional

Kerajaan PAS/PR Kedah telah berjaya meningkatkan pendapatan hasil hutan negeri sebanyak 205.5 peratus. Ini hasil daripada pendekatan tender terbuka yang dilakukan kerajaan negeri. Jumlah kawasan balak yang ditebang sama dengan tahun sebelumnya.

Menurut Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, bagi tahun 2007 semasa Kedah ditadbir oleh Kerajaan BN pendapatan Kerajaan Negeri ketika itu hanyalah berjumlah RM9.21 juta dan kini telah meningkat kepada RM28.14 juta.

Rakyat Pahang Amnya dan pengundi Rompin khususnya haruslah menyedari tentang hasil balak sebenar yang sepatutnya masuk ke kantung negeri. Bayangkankan saiz kawasan balak negeri Kedah dengan saiz kawasan balak negeri Pahang menunjukkan jurang yang ketara. Jika kerajaan PAS/PR Kedah mampu mendapat hasil RM28.14 juta setahun, maka sudah pasti ratusan juta hasil balak kerajaan Pahang jika ditadbir oleh PAS/PR.

0 komentar:

Post a Comment