Photobucket
Photobucket
ARTIKEL PILIHAN "UMNO Kini Busuk Hingga Keususnya

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya. selanjutnya........

Sekretariat Pemuda Pakatan ditubuh bagi hadapi PRU ke-13

| Date: 11/25/2009 |
TEMERLOH: Pemuda barisan Pakatan Rakyat (PR) Pahang berusaha membentuk kerjasama mantap dengan menubuhkan sekretariat bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam pertemuan bersama yang diadakan selepas mesyuarat, ketiga-tiga sayap pemuda PR itu berpendapat PAS, DAP dan Keadilan perlu bergerak bersama dan saling membantu mengukuhkan PR.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang, Sharil Azman Abdul Halim berkata, Pakatan Rakyat berhadapan dengan lawan sama iaitu Barisan Nasional (BN), jadi mereka perlu bergerak bersama.

“Kekuatan dan kelebihan yang ada ketiga-ketiga parti itu akan membantu mengukuhkan PR di negeri ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sharil Azman berkata, kesepakatan ketiga-tiga anggota komponen akan memberi nilai tambah kepada rakyat supaya lebih yakin dengan kemampuan mentadbir urus negeri.

Katanya, penggabungan itu akan membantu menjimatkan kos tanpa mengurangkan kekuatan parti.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Rizal Jamil berkata, mesyuarat itu berjaya membantu ketiga-tiga cabang parti mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diberi perhatian segera seperti isu penyampaian maklumat kepada golongan sasar.

Sehubungan itu, satu majlis pelancaran rasmi penubuhan sekretariat dirancang diadakan dalam masa terdekat.

Wakil DAP, Choo Siew Onn berkata, DAP menyambut baik penubuhan sekretariat PR Pahang memandangkan di peringkat pusat sudah wujud sekretariat seumpamanya.

“Dengan penubuhan sekretariat ini diharap akan bantu melicinkan gerak kerja PR terutama Pemuda,” katanya.

Difahamkan mesyuarat juga bersetuju menubuhkan jawatankuasa teknikal yang akan perhalusi segala isu untuk dibincang dan dilaksanakan Pemuda.

0 komentar:

Post a Comment